Monday, 10 December 2012

Latihan suku kata KVK

       
Sotong yang diperbuat daripada bekas botol minuman.  Sangat mudah dan jimat belanja.  Boleh dibuat bila-bila saja.  Silalah cuba.

Friday, 7 December 2012

Kolam mini

Kolam mini ini dibuat menggunakan beg plastik.  Saiz kolam adalah mengikut saiz beg plastik yang digunakan.   Sekiranya hendak membuat kolam yang lebih besar, bolehlah menggunakan beg plastik sampah yang besar.  Caranya:

1.  Mula-mula, gali lubang pada tanah mengikut saiz beg plastik yang telah disediakan.

2.  Masukkan beg plastik yang telah dilipat atau dipotong bahagian atasnya ke dalam lubang tersebut.

3.  Letakkan batu  bata (atau apa sahaja, mengikut kreativiti sendiri) di tepi beg plastik untuk menahannya agar tidak tenggelam apabila air di masukkan nanti.

4.  Setelah itu, masukkan air dan hiaslah kolam tersebut mengikut 'selera' sendiri.

5.  Boleh masukkan anak ikan sebenar atau ikan plastik ke dalam kolam mini tersebut.

6.  Aktiviti ini sesuai dijalankan secara berkumpulan.  Jadi, di luar kelas nanti, akan ada beberapa kolam mini.  Setiap kumpulan bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kolam masing-masing.

7.  Untuk memastikan ikan dapat hidup lama, ajar murid-murid agar mereka sentiasa rajin membersih dan menukar air dalam kolam tersebut.  Guru perlu membimbing murid-murid cara-cara membersihkan kolam tersebut.  Sediakan jadual waktu bertugas untuk mereka.

8.  Aktiviti ini sesuai dijadikan kerja  projek.  Kanak-kanak pasti seronok.

                                                 "Kalau berminat cubalah.  Selamat berjaya"


                                                          -KOLAM MINI-

Sambutan hari jadi anak-anak pra tahun 2012.   Murid-murid sangat seronok dapat menyambut hari jadi bersama rakan-rakan yang lain.

Tuesday, 4 December 2012


Saya sangat suka lagu ni sebab lagu ni sangat simple dan sesuai dengan tahap anak-anak pra yang baru masuk sekolah.  Lirik lagu serta bahasa yang digunakan mudah dan ringkas membolehkan murid-murid memahami maksud lagu dengan cepat.  Lagu ini sesuai untuk mengajar tema kebersihan diri ataupun bahagian anggota badan. Ibu bapa juga boleh mengajar lagu ini kepada anak-anak untuk mendidik anak-anak agar rajin memberus gigi.  Cubalah, anak-anak kecil tu pasti seronok.

Monday, 3 December 2012

Selamat pagi, cikgu!!!!!!!!!


Ucapan si kecil yang membahagiakan hati......
Ucapan yang begitu bermakna.....
Ucapan yang tidak pernah pudar....
Ucapan yang sentiasa segar........
Ucapan yang tidak akan lapuk ditelan zaman.....







Friday, 5 October 2012

BERJAYA JUA AKHIRNYA...



akhirnya berjaya juga blog ini dibina..sangat gembira dan seronok. Terima kasih banyak-banyak kepada tutor dan rakan-rakan yang telah banyak memberi bantuan, bimbingan serta tunjuk ajar dalam usaha membina blog ini.