Thursday, 13 December 2012
Monday, 10 December 2012
Friday, 7 December 2012
Kolam mini
Kolam mini ini dibuat menggunakan beg plastik. Saiz kolam adalah mengikut saiz beg plastik yang digunakan. Sekiranya hendak membuat kolam yang lebih besar, bolehlah menggunakan beg plastik sampah yang besar. Caranya:
1. Mula-mula, gali lubang pada tanah mengikut saiz beg plastik yang telah disediakan.
2. Masukkan beg plastik yang telah dilipat atau dipotong bahagian atasnya ke dalam lubang tersebut.
3. Letakkan batu bata (atau apa sahaja, mengikut kreativiti sendiri) di tepi beg plastik untuk menahannya agar tidak tenggelam apabila air di masukkan nanti.
4. Setelah itu, masukkan air dan hiaslah kolam tersebut mengikut 'selera' sendiri.
5. Boleh masukkan anak ikan sebenar atau ikan plastik ke dalam kolam mini tersebut.
6. Aktiviti ini sesuai dijalankan secara berkumpulan. Jadi, di luar kelas nanti, akan ada beberapa kolam mini. Setiap kumpulan bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kolam masing-masing.
7. Untuk memastikan ikan dapat hidup lama, ajar murid-murid agar mereka sentiasa rajin membersih dan menukar air dalam kolam tersebut. Guru perlu membimbing murid-murid cara-cara membersihkan kolam tersebut. Sediakan jadual waktu bertugas untuk mereka.
8. Aktiviti ini sesuai dijadikan kerja projek. Kanak-kanak pasti seronok.
"Kalau berminat cubalah. Selamat berjaya"
-KOLAM MINI-

Tuesday, 4 December 2012
Saya sangat suka lagu ni sebab lagu ni sangat simple dan sesuai dengan tahap anak-anak pra yang baru masuk sekolah. Lirik lagu serta bahasa yang digunakan mudah dan ringkas membolehkan murid-murid memahami maksud lagu dengan cepat. Lagu ini sesuai untuk mengajar tema kebersihan diri ataupun bahagian anggota badan. Ibu bapa juga boleh mengajar lagu ini kepada anak-anak untuk mendidik anak-anak agar rajin memberus gigi. Cubalah, anak-anak kecil tu pasti seronok.
Subscribe to:
Posts (Atom)